30 Jul 2011

Bulan mulia.

Ramadhan yang akan tiba,
membuatkan aku begitu tidak sabar untuk menempuhnya,
betapa tenangnya,
betapa gembiranya.

Sebulan sahaja dalam setahun,
mendekatkan diri kepadaNya tanpa adanya hasutan syaitan,
bukankah itu adalah nikmat yang Allah berikan kepada umat Islam,
aku bahagia.

Mengalas perut dipagi hari,
berbuka dengan bersederhana,
bersenam dengan menunaikan solat terawikh,
disudahi dengan witir,
cukup indah.

Bulan Ramadhan penuh dengan berkat,
bersedekahlah walaupun sedikit,
ikhlaskan hati,bukakan minda,
anggaplah ini Ramadhan yang terakhir untuk kita,
sesungguhnya, 
kita tidak tahu hari terakhir kita dimuka bumi ini.

~Salam Ramadhan

19 Jul 2011

pergilah...

kehadiran kau ibarat memberi semangat kepadaku.
hilangnya kau dari pandangan,membuatkan aku begitu memikirkan,
adakah kau sihat? bahagia?
ingin kutahu semua itu.

tapi,jarak perbedaan diantara kau dan aku ibarat seperti langit dan bumi,
sejauh manapun aku mengejar,aku tetap tidak akan sampai ke arah kau,
hanya air hujan yg jatuh dari langit yg akan sampai ke bumi,
seperti itu juga ingatan aku sahaja yang teringat.

aku tidak memerlukan kau untuk berada disisiku,
aku hanya perlukan kau untuk menjadi teman bicara,
dan tidak lebih dari itu,
itu janjiku kerna aku tahu aku tidak boleh.

aku tidak pernah mungkir janji yang aku tidak sesekali melupakan kau,
tapi aku sendiri tidak faham ape yang tersirat,
tidak mengerti kesilapan aku,
dan menjadi tanda tanya hingga sekarang.

masa berlalu begitu pantas,
sekiranya kau ingin pergi jauh2 dari diri aku,
aku tidak berdaya menghalang,
aku mendoakan kejayaan dan kebahagiaan kau dari jauh.

pergilah....

12 Jul 2011

Melaka lagi.

Weekend lepas yang aku rasa sangat seronok. Walaupun hanya balik ke kampung, tapi tahla nape aku rasa macam best lak. Seperti biasa, jumpa abangku yang tak abis lagi practical. For sure la kan skang kalo jalan2 di melaka, mesti la aweknye pun ade skali. Da rasa macam adik aku la plak kan. 

Makan yang x henti2,abis diet aku la.. Haihh.. Sedap la plak kali ni menyinggah kat gerai2 makan. Nasi berkali2 makan, dengan durian lagi, kelapa shake, n macam2 lagi. Nyam2... 

Tujuan balik kampung kali ni pun sebab nak g mengurut. Ni bukan urut badan, ni cari urat2 yang tersimpul camtulah. Alhamdulillah la slama ni kalo mak g sana, elok la jugak. Tapi takdelah sembuh sepenuhnya. Tapi kalo boleh mengelakkan dari wat operation urat kat nadi tangan, tu kira sangat ok kan? 

Bila tengok dari cara pakcik tu pegang urat, kalo orang laen tgk,mesti macam sedikit funny. Aku tumpang sekaki la kan g urut tu dengan tujuan nak tengok je mana2 yang problem. Baru luruskan kaki depan dia je, dia da cakap macam2 pasal urat aku. Haihh.. Sampai ade 1 urat tu dia pegang, dia ley tahu aku ni jenis gugur rambut yang banyak. Hurm, n secara kesulurahannya, badan aku senget. Klakar x dengar? Dia siap tekan lagi badan aku sepatutnye di posisi yang sebenarnya. 

InsyaAllah aku akan kerap balik ke melaka lepas ni sebab nak betulkan semua urat2 aku yang da kemana2 ni. Hehehe.. Bayarannya? Hanya seikhlas hati anda untuk memberi. :)

3 Jul 2011

Kawen part2.

Ok,ni pasal kawen lagi, lagi dan lagi. Ni da orang yang ke-3 yang telah membuatkan aku rasa agak jeles. Hoi,mestila jeles, diorang da kawen, aku ni? Hahahaha.. Adoii.. I feel like something, 'Aku ni jahat kot, tu la susah sangat nak jumpa orang', 'mungkin perangai aku yang agak keras,menyebabkan orang tak comfortable kot', and macam2 lagi.

The first 1, kawan sekelas form 5, da engaged and getting marry next year. 2nd ni wat aku terkejut beruk bila adik angkat balik dari jordan, tetiba kata nak tunang and kawen dalam masa 2weeks. Awesome kan? Memang time dia call bagitau tu, aku gembira and dalam masa yang sama meleleh juga air mata ni kan. And the worst bila aku tak dapat nak g majlis kecil2an Anis. Takpe Anis, akak make sure tahun depan time wat kenduri, confirm akak datang. The 3rd, kawan sekolah yang juga agak rapat,kawen juga. Ni pun terkejut jugak. Tak tunang,takde dengar about her husband b4 this, tup2 ade orang post kat dia kata congrats.

Hurm,what to feel? Hurm,entahlahhhh. Huhu.

Sorry la if almost everytime i post to this blog just to share about marriage. Haiya.. Bila da sampai umur tu, mula la terasa hal2 kawen ni. Takut tu memangla sentiasa ada, tapi.. Hurm, susah nak dirungkaikan.