18 Apr 2011

bercinta.

Holiday yang sangat singkat dihujung minggu. Tapi still rasa puas. Ok,aku holiday di kampung saje. Menenangkan fikiran dari kesibukan kota,jumpa nenek,ayam,itik,si putih,dan sebagainya. Tak lupa juga jumpa abangku yang sikit hari lagi nak final tu.

Cakap pasal holiday, tapi title 'bercinta'? Hahaha. Da 2 malam hati aku ni teringin nak bercinta. Giler sungguh la hey. Sesiapa nak ketuk saya, silakan. Apa nak wat, kadang2 mestilah terfikir jugak. Tambah2 jumpa abang aku tu, tak habis2 kuar saje nama aweknye tu. Nasibla minggu ni aweknye balik umah parentsnye, kalau tak, confirm la keluar skali ngan dia. Hehe. Jeles gak sebab aku single je. Heh! And tak habis2 guna ayat, 'bakal menantu'.. Hahaha... Tak sabar sungguh abangku tu. Sila habiskan belajar dulu ye!

Ok,tanpa saya sedari saya telah terjatuh cinta kepada laki orang! Maaf aku katakan bahawa keadaan ni telah membuatkan aku hendak berkata,'stupid'! Jangan tanya apa2 dengan aku pasal hal ni,sebab aku takkan cakap apa2 da. Feeling yang akan dilupakan dengan kesibukan 4hari akan datang. InsyaAllah..

Lepas ni aku nak bercinta dengan kerja and task yang kene settlekan in 4days! Memang giler! Terima kasih bos. Kepulangan bos menyebabkan aku nak cari keje lain. Esok cuti macam tak cuti sebab nak settlekan hal2 lain yang rasanya InsyaAllah untuk masa depan aku jugak. Tak habis2 untuk masa depan je ni, tapi laki tetap takde gak. Kan best boleh pergi 1 station, isi borang, bagi ic, nanti ada la 1 bf keluar. Wakaka...

Just 1 Question for my friends, what have u did for your future?

Insurance cover? A car? A house? An investment?

Sila jangan membazir wang titik peluh anda dengan shopping sahaja. Fikir2kan. Hehehe...

13 Apr 2011

kesibukan.

Bulan ni lambat sehari hantar report. Hurm, takpela, everything is under control. Meeting pun lambat lagi, relax la kan. Hahaha.... Siang sibuk dengan report, malam sibuk wat frozen plak. Ha, semakin lama, badan pun jadi longlai. Minta2 aku sihat la sentiasa.

Meja aku berselerak bagai
 Sehari lagi bos nak masuk ofis da. Yeay... Adakah aku perlu YEAY? rasa macam nervous giler ada la. Lama sangat da tak jumpa bos. Adakah nanti aku akan dimarah or biasa2 je? Haihh, entahlah... Isnin cuti, so dapat la lari sekejap dari bos.. Hahaha.. Nak rehatkan minda, nak settle-kan hal sikit.

Ok, harini aku dapat berita yang sedih lagi. Ms Ng nak resign hujung bulan ni. Semakin kurang la kawan2 yang suka bercakap2 ngan aku. Nak harapkan ofismate sebumbung, rasa macam tak tercakap lak. Apehal tah aku ni. Tambah2 kalau dengan orang tua tu. Lagi la macam mulut kene zip. Nak senyum pun macam mulut ni keras. Ah, dia pun sama je. *ok, tetiba aku rasa banyak guna word 'macam'*

Ha, cakap pasal frozen, skang ni da wat kuih kacang, kuih bom(yg ada bijan byk2 tu), cucur badak. Yang terbaru, donut. Donut masih dalam proses mencuba since tengah memikirkan cara untuk bagi donut tu sama saiz dan ketebalan. Macam main2 plastisin lak malam ni. Hahaha..

Setakat ni jualan frozen sangat memberangsangkan. Da ada dijual kat Pasar Tani Shah Alam. Kalau sesapa nak order, just call me. Confirm puas hati dengan hasilan kami. Lagi banyak beli, lagi kurang harga. Hee....

10 Apr 2011

birthday.

Setelah dijanjikan untuk wat kek yang baru, akhirnya tercapai jugak hasrat membuat red velvet cake. Sebenarnya da lama nak try, tapi disebabkan masih mencari resepi, pastu tunggu event birthday lagi,so barula dapat wat. Nak resepi? Gi cari resepi dalam http://hanamemories.blogspot.com/

So far,tengok di blog kak hana, everything looks so yummy and sangat teruja nak try semua benda. Hahaha. Tamaknya aku. Ingatkan takda resepi kek red velvet, akhirnya setelah drag2 page,rupanya ada jugak. Thanks kak. Hee.... Tapi aku ada edit2 sikit resepi tu. *mungkin sebab edit la tu kek agak x moist, tapi rasa tetap best wooo*. So, inilah hasilnya.
Lepas bake
disalut frosting dan letak love
untuk tarikan budak2, letaklah kaler2. Hahaha..
Ok,ternyata memang sangat hodoh rupanya. 1st time weh. Bila da wat skali, insyaAllah lagi bertambah baik la next time. Hehe. Lepas siap bake, memang aku tak rasa lagi. Memang gamble la jadi ke tak kan. Dengan confident-nya, aku terus salut kek ngan frosting. *sebenarnya siap bake tu da kul 2 pagi, mata pun agak da longlai,da tak terfikir nak rasa time tu.

Oh lupa nak bagitahu, ni birthday my baba on 7april, and my nephew,iffat on 10april. Memang takde nama and lilin sebab...errrr,aku pun tak tau nape. Hahahaha. Ala, camtu pun ok what. Semalam, 9April, semua ada kecuali abang aku yang belajar kat melaka tu. *Sebab dia nak final and sibuk dengan projek, so mak tak bagi balik.Padan muka dia. Weee~*

Kakak ipar aku rajin la plak nak masak. Dia masak nasi ayam,kakak beli Domino's and mak wat popia. Aku? Mestilah taknak kalah gak. Hahaha. Aku wat puding caramel. Ternyata, memang aku hanya specialize dalam wat desert je. Lauk pauk? Belum tiba masanya. :p
Baba, Dina, Iffat, Hakim
Aku berdoa supaya keluarga aku sentiasa dirahmat dengan kesabaran sebab terlampau banyak dugaan yang kami tengah tempuh. Dugaan yang menyebabkan aku kuat and disamping tu kalau kawan wat hal pun,aku taknak fikir,taknak menambahkan kesengsaraan hidup aku lagi. Kau tak kisahkan aku, ingat aku kesah? Banyak lagi perkara yang perlu disetelkan weh. Haha. Jahatnya aku. Arghhh,aku da penat. Ok, taknak citer da.

7 Apr 2011

Hari-hari.

Minggu yang sangat sibuk di ofis adalah minggu pertama setiap bulan. Yela,kena siapkan report yang perlu di-submit sebelum 12hb. So,akan berlaku la lari-larian dan berpeluh2an sepanjang hari. Mana taknya, time2 camni la baru perasan ada harga baru la, stock tak masuk la. Haishhh... Takpe2, bos nak balik, bulan depan takyah da wat keje2 ni. Weeee... *cakap confident je ni, tup2 nanti ni memang keje aku* Uwaaaa!!!


Lately ni cuaca plak agak panas je. Tido malam pun bertemankan aircond dan kipas. Hahaha. Ala,set untuk 1 jam je on aircond tu, nanti da lelap and mimpi sampai ke paris, takdenye rasa panas da. Heee... Badan pun macam penat sangat, nak bangun pagi pun liat bebenor. :p

2minggu tak jumpa kawan baru I tu. Minggu ni pun nampaknya terpaksa cancel plan sebab memandangkan diri ni sangat malas nk work-out. Minggu ni pun diet makan agak tak terjaga memandangkan sangat tension dengan kerja. Aku kalau tension,mula la nak ngap2 je makanan. Lalala..... Sabtu ni plak nak wat makan adik-beradik sempena birthday my father and my nephew. Faham2 je la kan, confirm makan je nanti. Esok malam nak wat kek. Wah,tak sabarnya nak wat. Nak try wat kek baru lak. Nantikan ye.

Semalam,terbaca post orang tua tu, nampaknya macam nak merisik anak orang je. Apa yang patut aku terangkan ye aku nya feeling bila terbaca agaknya? Hurm,biarlah. Semoga berbahagia hendaknya. Aku single pun ok what. Bahagia je aku walaupun kadang2 terfikir jugak. Haihhh. Cuma nak kongsi sikit 1 hal ni. Boleh la dikatakan hampir setiap hari aku ngan orang tua tu sama kaler baju. Is that a coincidence? Or we have a very good instinct to each other? Hahahaha.... Biarla nak rasa bahagia jap sebelum dia kawen. Pasni nak cari keje baru la memandangkan da takde inspirasi. Boring tau tak? Heh!

3 Apr 2011

ahad.

Tengok ABPH tak mlm ni? Ha, terkejut dengan kemunculan Azhar Osman yang jadi 1 of pemberi trofi tu. Dia budak skolah aku. Memang dari dulu dia sangat hotttttt ok. Very good in attitude, very lovely voice when he sang nasyid. Kalau ada nyanyi nasyid kat skolah, memang dia la yang akan masuk. Da lama tak dengar pasal dia, rupanya dia menang Bintang Idola Berita Harian 2011. Memang terbaik dari ladang weh. Muka da la jambu. Ngeeee... Goodluck Azhar. Kali ni 1st time la aku support budak skola yang masuk bidang hiburan ni. Sangat puas hati bila da cerita kat blog ni pasal Azhar. Hehe.

Time ni rambut Azhar tak best la. But u still awesome.
Hari ni agak penat berhujung minggu di rumah. Mengemas rumah, buang la barang2 yang rasa da tak guna. Ni proses berpindah bilik la ni. Cuma tak best lagi bilik depan sebab aircond rosak, berhaba sangat bilik tu. Tak sanggup la kalau sesiapa nak tido situ. Memori la bilik tu sebab time kecik2 tido ngan parents kat situ. Memori kencing atas tilam la, gaduh ngan abang aku takyah kira la kan. Hahaha.

Siapa yang berpindah bilik tu? Hahaha. Parents aku la. Bilik blakang da nak reservekan untuk kakak aku yang da nak bersalin tu. Lagi beberapa hari je ni. Kakak aku yang nak due, aku plak yang risau. Mana taknya, aku takut tengok perut dia cam semakin membesar tu. Haishh. Semoga semuanya selamat. InsyaAllah.
My future niece, sila keluar cepat ye dari perut tu. :p

2 Apr 2011

Rahsia.

Aku kurus? Actually belum sampai tahap yang aku target lagi. Tapi boleh la agak puas hati dengan pencapaian wat masa ni. Kat sini nak kongsi2 la sikit apa yang aku wat.

1. Buah
Sebelum ni aku sangat kurang makan buah. Ha skang ni macam terlebih2 makan plak rasanya. Hehe. Pagi aku dimulakan dengan makan buah Grapefruit. Tahu apa grapefruit tu? Sebelum ni aku taktau gak. Ingatkan buah anggur la kan, da kata nama depan tu ade grape. Aku pun berlagak macam tahu la kan. Haha. Grapefruit ni rupanya macam buah oren. Cuma kulit buah ni pudar sikit dari buah oren. Jangan tersilap beli ye. *aku pernah hampir tersilap beli hari tu, nak cepat la kononnya time tu*. Btw, rasa buah ni agak pahit. Bayangkan camne kuatnya semangat aku untuk teruskan makan buah ni selama 2 bulan tanpa henti. Jap2, kalau nak amalkan, amik half je dalam 1 hari. Ok, pastu hari2 aku dipenuhi dengan makan buah betik, epal hijau, pear, lai. Ganti2 la kan setiap hari. Kalau makan yang sama je, mahu muak kan.

Ni la grapefruit. I bet u to taste it.
2. Air kosong
Ni pun lagi 1. Aku ni memang kurang minum air. Kalau nak minum tu, amik air sejuk je,suam2 ni mana maen beb. Hahaha. Skang ni aku dinasihatkan untuk amik kuantiti air kosong sebanyak yang boleh. Atleast 3 liter. Tapi..... Masa untuk minum air yang banyak tu mestilah dari pagi hinggalah pukul 6-7petang sahaja. Selepas pukul 7, kena kurangkan seboleh mungkin kuantiti air yang di ambil. Sebabnya......pengambilan air di malam hari akan menyebabkan gemuk air. Ingat gemuk air lagi senang ke berbanding gemuk makanan? Salah tanggapan kalian ye. Harap maklum.

3. Pemakanan
Ni biasa la kan bagi orang2 yang suka makan macam aku ni. Wat masa ni aku still ambil nasi sebagai menu harian. Cuma kuantiti dikurangkan dan hanya makan sekali sehari. Nak try juga tak makan nasi, tapi takleh la. Aku tergoda bila tengok nasi. Lalala..... Ok,pastu makan la lauk banyak2 ye, nanti taklah lapar. Hehe. Tapi kadang2 tu aku takdela jaga makan sangat. Nikmat weh bab2 makan ni. Aduyai...

4. Rahsia
Da 3 rahsia aku bagitau. Biarlah part last ni aku rahsiakan ye. Boleh la ye. Hehe. Mungkin 1 masa akan datang akan diberitahu. *Tu pun kalau aku teringat la* Hahahaha.

Hujung bulan 1 sampai skarang, da 5 kg aku berjaya kurangkan. InsyaAllah akan teruskan perjuangan lagi. Bukan untuk orang lain, cuma untuk kepuasan diri aku sendiri. Disini aku nak berterima kasih kepada sesiapa yang banyak membantu aku dalam menurunkan berat. Especially to my mum la kan. Hehe. And for those who really care on my weight and size. I love U. Lalala.......

1 Apr 2011

Malam yang bosan.

Bila da ada blog, mula la tangan ni gatal je nak tulis setiap hari. Haishhh. Bukan nya ada benda yang penting untuk diceritakan. Cuma mengisi masa yang rasa agak bosan sekarang ni. Haha.



Bawa balik kerja ofis pun, aku tetap malas nak wat. Bawa balik je rajin, tapi nanti hanya akan dibiarkan kertas2 tu dalam bag. Pastu esok bawa balik semula ke ofis. Cuma sekadar untuk menyedapkan hati konon nak siapkan cepat2. Azam punya la tinggi kat ofis tu,'oh malam ni boleh siap punya'. Sampai rumah, ha mula la, 'takpe,esok sempat lagi'. Camtu la setiap hari. Lalala.....
Kemalasan aku sama macam kucing ni :p

Hari ni da dapat gaji. Company masukkan gaji, aku gi ATM, keluarkan gaji, gi CASH DEPOSIT machine, masukkan duit. Bayar hutang la weh, ape lagi. Pastu keluar dari bank, poket da kosong. Hahahahaha. Camtu je la setiap bulan. Tapi takdelah sekosong2 nya, cukup la untuk diberi2 and untuk belanja diri sendiri. Tapi so far, alhamdulillah sebab aku rasa bersyukur. Di umur aku yang masih muda ni, aku da diajar untuk lebih bertanggungjawab membayar macam2 loan. Kadang2 rasa terseksa gak macam takde simpanan sangat, tapi bila difikirkan balik, kalau aku takde bayar loan tu semua, adakah aku menyimpan? Haha. I dont think so. Confirm habis dengan berjoli sakan.

Oh, btw, hari ni aku hantar kakak receptionist tu. Tetiba lak kakak tu nak tumpang balik, apa lagi kan, aku on kan je la. Walaupun perjalanan menghantar kakak tu hanya 10 minit, tapi macam2 soalan dia sempat tanya. Hamboi kak, tanya macam2 tu, taknak ke kenalkan ngan anak akak tu? Wakakaka. Angan2 je la ye ceq. Da bercerita2 tu kan,barulah aku sedar ramai rupanya orang kat kilang tu taktau status pendidikan aku ditahap mana. Aku plak terlepas cakap. Aduyai. Ingatkan nak rahsia. Kalau da terlepas cakap kat receptionist tu, habis la pasni 1 kilang tahu. Adoiiii......