30 Jul 2011

Bulan mulia.

Ramadhan yang akan tiba,
membuatkan aku begitu tidak sabar untuk menempuhnya,
betapa tenangnya,
betapa gembiranya.

Sebulan sahaja dalam setahun,
mendekatkan diri kepadaNya tanpa adanya hasutan syaitan,
bukankah itu adalah nikmat yang Allah berikan kepada umat Islam,
aku bahagia.

Mengalas perut dipagi hari,
berbuka dengan bersederhana,
bersenam dengan menunaikan solat terawikh,
disudahi dengan witir,
cukup indah.

Bulan Ramadhan penuh dengan berkat,
bersedekahlah walaupun sedikit,
ikhlaskan hati,bukakan minda,
anggaplah ini Ramadhan yang terakhir untuk kita,
sesungguhnya, 
kita tidak tahu hari terakhir kita dimuka bumi ini.

~Salam Ramadhan

19 Jul 2011

pergilah...

kehadiran kau ibarat memberi semangat kepadaku.
hilangnya kau dari pandangan,membuatkan aku begitu memikirkan,
adakah kau sihat? bahagia?
ingin kutahu semua itu.

tapi,jarak perbedaan diantara kau dan aku ibarat seperti langit dan bumi,
sejauh manapun aku mengejar,aku tetap tidak akan sampai ke arah kau,
hanya air hujan yg jatuh dari langit yg akan sampai ke bumi,
seperti itu juga ingatan aku sahaja yang teringat.

aku tidak memerlukan kau untuk berada disisiku,
aku hanya perlukan kau untuk menjadi teman bicara,
dan tidak lebih dari itu,
itu janjiku kerna aku tahu aku tidak boleh.

aku tidak pernah mungkir janji yang aku tidak sesekali melupakan kau,
tapi aku sendiri tidak faham ape yang tersirat,
tidak mengerti kesilapan aku,
dan menjadi tanda tanya hingga sekarang.

masa berlalu begitu pantas,
sekiranya kau ingin pergi jauh2 dari diri aku,
aku tidak berdaya menghalang,
aku mendoakan kejayaan dan kebahagiaan kau dari jauh.

pergilah....

12 Jul 2011

Melaka lagi.

Weekend lepas yang aku rasa sangat seronok. Walaupun hanya balik ke kampung, tapi tahla nape aku rasa macam best lak. Seperti biasa, jumpa abangku yang tak abis lagi practical. For sure la kan skang kalo jalan2 di melaka, mesti la aweknye pun ade skali. Da rasa macam adik aku la plak kan. 

Makan yang x henti2,abis diet aku la.. Haihh.. Sedap la plak kali ni menyinggah kat gerai2 makan. Nasi berkali2 makan, dengan durian lagi, kelapa shake, n macam2 lagi. Nyam2... 

Tujuan balik kampung kali ni pun sebab nak g mengurut. Ni bukan urut badan, ni cari urat2 yang tersimpul camtulah. Alhamdulillah la slama ni kalo mak g sana, elok la jugak. Tapi takdelah sembuh sepenuhnya. Tapi kalo boleh mengelakkan dari wat operation urat kat nadi tangan, tu kira sangat ok kan? 

Bila tengok dari cara pakcik tu pegang urat, kalo orang laen tgk,mesti macam sedikit funny. Aku tumpang sekaki la kan g urut tu dengan tujuan nak tengok je mana2 yang problem. Baru luruskan kaki depan dia je, dia da cakap macam2 pasal urat aku. Haihh.. Sampai ade 1 urat tu dia pegang, dia ley tahu aku ni jenis gugur rambut yang banyak. Hurm, n secara kesulurahannya, badan aku senget. Klakar x dengar? Dia siap tekan lagi badan aku sepatutnye di posisi yang sebenarnya. 

InsyaAllah aku akan kerap balik ke melaka lepas ni sebab nak betulkan semua urat2 aku yang da kemana2 ni. Hehehe.. Bayarannya? Hanya seikhlas hati anda untuk memberi. :)

3 Jul 2011

Kawen part2.

Ok,ni pasal kawen lagi, lagi dan lagi. Ni da orang yang ke-3 yang telah membuatkan aku rasa agak jeles. Hoi,mestila jeles, diorang da kawen, aku ni? Hahahaha.. Adoii.. I feel like something, 'Aku ni jahat kot, tu la susah sangat nak jumpa orang', 'mungkin perangai aku yang agak keras,menyebabkan orang tak comfortable kot', and macam2 lagi.

The first 1, kawan sekelas form 5, da engaged and getting marry next year. 2nd ni wat aku terkejut beruk bila adik angkat balik dari jordan, tetiba kata nak tunang and kawen dalam masa 2weeks. Awesome kan? Memang time dia call bagitau tu, aku gembira and dalam masa yang sama meleleh juga air mata ni kan. And the worst bila aku tak dapat nak g majlis kecil2an Anis. Takpe Anis, akak make sure tahun depan time wat kenduri, confirm akak datang. The 3rd, kawan sekolah yang juga agak rapat,kawen juga. Ni pun terkejut jugak. Tak tunang,takde dengar about her husband b4 this, tup2 ade orang post kat dia kata congrats.

Hurm,what to feel? Hurm,entahlahhhh. Huhu.

Sorry la if almost everytime i post to this blog just to share about marriage. Haiya.. Bila da sampai umur tu, mula la terasa hal2 kawen ni. Takut tu memangla sentiasa ada, tapi.. Hurm, susah nak dirungkaikan.

26 Jun 2011

happy.

Tiba2 minggu ni happy. Hehe... Yela,dapat news gaji naik,sape tak suka kan? Tq boss.. I really appreciate u la boss. Walaupun pada mulanya, bos minta lebih lagi kat HR, tapi had status aku sebagai Assistant management Accounting, tidak membenarkan kenaikan sebanyak yang bos mahukan. Takpelah bos, I know, I'm the only one your staff yang terima segala ke-songehan bos tu. Lain2 orang complain itu ini pasal dia. Bagi aku, as long as, aku masih berkesempatan nak buat, aku akan buat. Kalau tak sempat, wat je muka tersengih2 kat bos tu, nanti dia fahamnye.. Hik3..

Hal lain nye, aku terfikir untuk cari keje lain jugak. Bersyukur dengan gaji skarang, tapi aku nak cari pengalaman lain. Masih tak enjoy dengan job aku skarang ni, masih rasa seperti takde kawan keje. So,itu memang tidak fun. Aku tahu, bukan senang nak dapat job, tapi kalau berusaha lebih, boleh kot. InsyaAllah.

Tapi kan, kalau aku terima kerja di tempat baru, rasanya aku kenalah setahun tak jumpa kawan2, sebab kene wat OT hingga ke hujung minggu. Yela, untuk mendapat gaji mcam skarang, so kenelah berkorban diri selama setahun sehingga jadi permanent. Haihhh. 1 keputusan yang agak sukar untuk dibuat. Masih fikir samada nak or tak. Ni tak jumpa kawan sebulan dua pn, rasa mcm kosong lak hidup. Huhu...

Kalau jadi tukar, aku akan beritahu ye. Now, kene secret dulu. Kang x jadi, wat malu je kan. Hahaha...

17 Jun 2011

Ape2 je la.

Menyepi dari dunia facebook bukanlah 1 konspirasi ke ape ke kan. Still bukak je cuma tengok ape yang ade kat wall dan baca2, pastu close. Tapi update banyak je kat twitter. Aku lagi comfortable dengan twitter skang ni. Hehe.

Setiap orang ada masalah kan. Begitu jugak aku. Macam2 berlaku lately ni sampai aku rasa macam down gila tahap max. Ini juga salah 1 sebab aku taknak update ape2 kat fb sebab takut terlepas cakap. Nanti orang kata aku ni dok mengata orang je kan, n nanti kot2 orang kata macam la aku bagus sangat nak mengata orang itu dan ini. So, aku simpan jauh2 dalam hati. Penuh sangat da ni dalam diri aku skang ni. Huhuhu....

Aku bukan taknak berkongsi,cuma aku taknak menambah kesedihan di hati yang memang sedia sedih ni. Cuba kaburkan mata semua orang yang aku ok je. Hehe. Sebab time aku buat2 ok tu la, aku bley lupa jap dengan hal2 yang da berlaku. N cerita nora elena betul2 boleh buat aku gembira sangat. *Tetiba je aku ni kan selit pasal ni*

Aku macam biasa, takkan menunjukkan sedih depan orang, tunjuk muka konon2 cool tu, padahal, dalam hati,Allah je la tahu. Air mata ni pun da terbiasa mengalir time2 nak lelap tu, time2 tgh drive sorang2 diikuti dengan lagu2 yang sedih. Ada ke tadi nak dekat sampai ofis, secara x sengaja je deras la plak. Nasib takde nampak kesan2 merah di mata. Hehe..

Terlampau awal bagi aku untuk nak hadap hal2 ni. Baru 23 beb. Haihh.. Dulu time abg n kakak aku umur ni,bley enjoy2 je lagi. Aku? No komen. Rasa mcam sangat penat, tapi takpelah,tu adalah dugaan dariNya untuk aku. Aku percaya Allah bagi ujian untuk umatnya tu, Dia tahu umatnya mampu untuk mengharunginya. InsyaAllah...

Kene la buka hati untuk terima segala masalah yang datang. Mungkin 1 hari nanti kita akan diberi 'cahaya', mana tahu kan.. Hanya Allah yang tahu. :)

P/S: ok,da meleleh2 air mata ni ha dok citer kat sini. Membazir air mata je. Huhu..

5 Jun 2011

tak habis2.

Kenduri kawen bersepah2 time cuti sekolah ni.. Haihhh.. Aku mana dan je la g. Dinasihatkan kepada kawan2ku sekalian, janganlah buat wedding time cuti sekolah. Lagi2 kalau tinggal nun di pantai timur. Hik3.. *saja kasi hint* Kawan2 nye mesti la gi kan, tapi mana la tahu kan,kot2 tiket bas habes ke, ngan booking hotel time tu la da takde. Kasihanilah.....

Ok,majlis aqiqah di kampung pun not bad. Semua nye berjalan lancar. Tapi tu bukan majlis aqiqah anak kakak, ni kakak sedara nye anak. Hehe.... Kalau kakak aku nak wat, memang aku melarang keras wat kenduri jauh ke melaka tu. Sangat menyusahkan semua orang sebab semua yang sibuk2 dengan kerja takleh nak balik. Haihhh.... 

Bila berjumpa cousin2, topic hangat memang selalu la dibangkitkan. Ape lagi kan, kalau bukan hal kawen. Da tiba badge kitorang lak yang patut menyusul majlis tu. Hadoi... Semua ngeluh la kan. Bila mak n bapa sedara yang keluarkan isu ni, kitorang ni mula la main pass pass.. Ni kata tu dulu, yang tu kata tet di sana. Haha.. Memang kelakar. 

Bila sampai soalan tu kat aku, dengan spontannya aku cakap, dari doa aku bila nak wat majlis, baik doakan aku jumpa orangnya dulu. Kan lagi bagus dan berkat. Hehe.. Tapi mungkin 2 tahun lagi. Cepat2 amin kan... Aminnnnnn... ^_^

30 May 2011

Penangan cerita Nora Elena.

disebabkan cerita nora elena yang sangat best, aku rasa nk wat post kat sini. Hahaha.... Rasanya tak semua guys yang boleh terima cerita tu, tapi guys kene terima yang perempuan memang menginginkan seseorang lelaki disisinya seperti Seth Tan. Ala, tak termasukla perangai 'nakal' dia time muda2 dulu. Tapi atleast dia tetap nak cari Nora untuk tebus balik perangai dia tu kan.

Aku terpaksa cakap yang perangai Seth Tan yang sangat penyabar + romantik + cool tu memang 1 dlm sejuta la nak dapat. Pastu perangai Nora yang keras kepala + degil + tak fikir perasaan orang lain tu memang 1 dalam 10. Hahaha.. Kenapa? Sebab kebanyakan lelaki zaman sekarang lebih berperangai seperti Eid tu. Tuduh tanpa usul periksa, nanti da tahu perkara sebenar, baru frust, pastu ingat perempuan senang dipujuk rayu dlm masa yang singkat? No way man.. Perempuan lak, hurmmm, memang degil,apa yang dia nak, mesti tu jugak yang dicarinya. Lagi kata 'tak', lagi keras kepala jadinya.

Ok2, tu je nak cakap pasal cerita tu. Kesimpulan yang aku nak buat, boleh tak before kawen, both side, list down all the things yang kita suka dan tak suka. Discuss with each other n come out with 1 way how to solve it bila hal2 ni terjadi. I bet all yang kawen tak pernah discuss about this thing. Nanti lepas kawin, baru la tau perangai dia camni, camtu. Susah kan? Time tu, mula lah perang dunia entah keberapa kali la.

Disebabkan hal2 camni, aku takut untuk kenal dengan guy. Sebabnya aku rasa semua fake tentang diri diorang. Before kawen, semut lalu pun nampak. Da kawen nanti, gajah lalu depan mata pun tak nampak. Arghhh, sorry to say that aku tak percaya lelaki. Tak kesah la lelaki tu nak kata kat aku 'ingat aku caya kau?'. Dengan senang lenang aku akan jawab balik, 'ada aku suruh kau caya aku?'

Banyak perkara disekeliling aku yang banyak mengajar aku tentang hal2 ni. Seriously, aku fobia. Tapi apa2 pun, aku still berdoa moga aku dapat jodoh yang beriman dan menyayangi aku sekeluarga. InsyaAllah... :)

23 May 2011

kek,kek,dan makan.

Setelah dijanjikan, ni la kek2 yang ada time birthday mak dan kakak ipar. Kenapa ada 2 kek? Hehe. Kek durian tu sebenarnya da order lama. Lepas tu tetiba kakak ipar kata dia pregnant, so dia takleh la makan kek durian. Abang pun beli la untuk bininye kek coklat. Nasibla ada orang lain lagi yang datang time tu, kalau tak, tak tahu la mcmmana nak menghabiskannya.


chocolate walnut by secret recipe

durian cake by mom's friend homemade
Ni la family saya. Am I the cutest among them?? Hahaha.. Just joking.

11 May 2011

Konon rajin.

Dari sehari ke sehari nak update blog, ni baru sempat nk ngadap laptop lama2 kat rumah. Hehe. Workload at the office,balik, jadilah sangat penat dan pemalas. Tapi kacau baby as known as Nuha, memang takkan ketinggalan. Best layan baby ni. *Jangan tanya turn aku bila plak*

episod konon2 rajin ni nak bitau ni. Heee. Rajin dengan si oven la,apa lagi kan. Take a look.

bread butter puding
Cheese brownies
tu je yang aku buat. Hahaha.... Bread butter puding tu sangat jadi. Memang keluar dari oven, terus ngadap ramai2. Dan2 tu abis 3/4. Yang selebihnya dihabiskan oleh tetamu yang datang lewat malam yang sama. Hehe. Resepi bread butter puding aku dapat dari kakak saudara + aku edit sikit la. Letak kismis and badam halus2, fuhhhh, terangkat... Tapi selalunya ada sos nya, tapi disebabkan kemalasan menimpa diri, so jangan banyak tanya, makan je apa yang aku buat. :p

Next, cheese brownies. Cuba perhati rupa brownies2 belakang2 tu, tak sama tinggi kan? Hahaha. Macam2 jadi time nak buat ni. Da la jam kul 2, lepas tu kerja plak esoknya,so mata ni agak merapu. Da elok2 masuk oven, tak prasan plak loyang tersenget. Heh. Tension aku dibuatnya. Trus takde mood dengan diri sendiri. Haha.. Da disebabkan geram sangat rupanya jadi begitu, so aku ngan mak makan sikit la. Tapi rasanya still maintain. Hik3.. Resepi ni plak aku still amik dari blog yang sama macam before ni. Thanks again for sharing. 
Next post akan cerita pasal mother's day+ birthday ok. Aku da pening ni. Nak layan mimpi jap.

1 May 2011

banyak hal.

Lama rasanya tak menjenguk blog. Banyak perkara berlaku since last post aku tu. Meh aku cerita.....

1. Jangkaan aku sungguh tepat. Sape kata bila bos da balik, aku da boleh bergumbira dan bersenang-lenang? Hambik ko. Bukan je aku still kena wat keja bos tu, ni da ada keje baru aku kene wat. Heh! Hampeh betul. Tapi disebabkan aku faham situasi yang berlaku dalam ofis, so aku tak kisah la untuk wat semua tu. Cuma... Naikkan la gaji aku sikit bos,aduyaiiii.... I'm waiting for that!! :p

2. Kecewa. Memang itu la word paling terbaik untuk describe apa yang aku rasa until now. Aku kecewa dengan reply SMS yang aku dapat, dan agak kecil hati. Tapi itulah....dinamakan kehidupan. Biarlah ia berlalu seperti angin di pantai. Bagusnya kalau perasaan ni macam makan sesuatu makanan. Bila da makan, da hadam, lepas tu buang. Lepas tu da tak ingat da makanan tu. Haihhh. Kadang2 hati aku bersedih bila mengenangkan. Even busy pun, tapi tetap terlintas hal2 tu. Sampai skarang, aku tak faham. Serius tak faham! Huhu.. :'(

3. Nuha. Itulah nama anak buah aku yang ke-4. Selamat sudah semuanya. Semangat badannya. 3.88kg time dia kuar dari perut. Fuh,memang best. Isi berlipat2, muka tembam, mata sepet, yang paling penting, ade dimple. Weeeee.. Semua anak buah aku ada dimple sebelah. Bila la nak dapat yang ada dimple dua2 belah ye? Hik3. Disebabkan si tembam ni la, hatiku terubat dari kekecewaan. Tapi bukanla sepenuhnya, tapi atleast ok la kan.

4. Sebulan. Tempoh yang agak lama aku tak jumpa Evon. Punyalah semangat dia call tanya kenapa da lama tak datang la ape la. Hahaha. Ade je benda nak wat bila weekend. Ingatkan minggu ni nak gi, da si tembam ada, so tak jadi lagi la. Next week, mungkin kot.

5. Rindu. Perlukah aku terangkan untuk apa? Hahaha. This one I want to keep it for myself. Bukan semua perkara boleh dikongsi. Apa yang aku alami, hanya 60% akan dikongsi. Kalau da kahwin pun, only 90% akan dikongsi dengan husband. 10% lagi akan disimpan rapi dalam diriku. Hanya aku dan Allah saja yang dapat membacanya.

18 Apr 2011

bercinta.

Holiday yang sangat singkat dihujung minggu. Tapi still rasa puas. Ok,aku holiday di kampung saje. Menenangkan fikiran dari kesibukan kota,jumpa nenek,ayam,itik,si putih,dan sebagainya. Tak lupa juga jumpa abangku yang sikit hari lagi nak final tu.

Cakap pasal holiday, tapi title 'bercinta'? Hahaha. Da 2 malam hati aku ni teringin nak bercinta. Giler sungguh la hey. Sesiapa nak ketuk saya, silakan. Apa nak wat, kadang2 mestilah terfikir jugak. Tambah2 jumpa abang aku tu, tak habis2 kuar saje nama aweknye tu. Nasibla minggu ni aweknye balik umah parentsnye, kalau tak, confirm la keluar skali ngan dia. Hehe. Jeles gak sebab aku single je. Heh! And tak habis2 guna ayat, 'bakal menantu'.. Hahaha... Tak sabar sungguh abangku tu. Sila habiskan belajar dulu ye!

Ok,tanpa saya sedari saya telah terjatuh cinta kepada laki orang! Maaf aku katakan bahawa keadaan ni telah membuatkan aku hendak berkata,'stupid'! Jangan tanya apa2 dengan aku pasal hal ni,sebab aku takkan cakap apa2 da. Feeling yang akan dilupakan dengan kesibukan 4hari akan datang. InsyaAllah..

Lepas ni aku nak bercinta dengan kerja and task yang kene settlekan in 4days! Memang giler! Terima kasih bos. Kepulangan bos menyebabkan aku nak cari keje lain. Esok cuti macam tak cuti sebab nak settlekan hal2 lain yang rasanya InsyaAllah untuk masa depan aku jugak. Tak habis2 untuk masa depan je ni, tapi laki tetap takde gak. Kan best boleh pergi 1 station, isi borang, bagi ic, nanti ada la 1 bf keluar. Wakaka...

Just 1 Question for my friends, what have u did for your future?

Insurance cover? A car? A house? An investment?

Sila jangan membazir wang titik peluh anda dengan shopping sahaja. Fikir2kan. Hehehe...

13 Apr 2011

kesibukan.

Bulan ni lambat sehari hantar report. Hurm, takpela, everything is under control. Meeting pun lambat lagi, relax la kan. Hahaha.... Siang sibuk dengan report, malam sibuk wat frozen plak. Ha, semakin lama, badan pun jadi longlai. Minta2 aku sihat la sentiasa.

Meja aku berselerak bagai
 Sehari lagi bos nak masuk ofis da. Yeay... Adakah aku perlu YEAY? rasa macam nervous giler ada la. Lama sangat da tak jumpa bos. Adakah nanti aku akan dimarah or biasa2 je? Haihh, entahlah... Isnin cuti, so dapat la lari sekejap dari bos.. Hahaha.. Nak rehatkan minda, nak settle-kan hal sikit.

Ok, harini aku dapat berita yang sedih lagi. Ms Ng nak resign hujung bulan ni. Semakin kurang la kawan2 yang suka bercakap2 ngan aku. Nak harapkan ofismate sebumbung, rasa macam tak tercakap lak. Apehal tah aku ni. Tambah2 kalau dengan orang tua tu. Lagi la macam mulut kene zip. Nak senyum pun macam mulut ni keras. Ah, dia pun sama je. *ok, tetiba aku rasa banyak guna word 'macam'*

Ha, cakap pasal frozen, skang ni da wat kuih kacang, kuih bom(yg ada bijan byk2 tu), cucur badak. Yang terbaru, donut. Donut masih dalam proses mencuba since tengah memikirkan cara untuk bagi donut tu sama saiz dan ketebalan. Macam main2 plastisin lak malam ni. Hahaha..

Setakat ni jualan frozen sangat memberangsangkan. Da ada dijual kat Pasar Tani Shah Alam. Kalau sesapa nak order, just call me. Confirm puas hati dengan hasilan kami. Lagi banyak beli, lagi kurang harga. Hee....

10 Apr 2011

birthday.

Setelah dijanjikan untuk wat kek yang baru, akhirnya tercapai jugak hasrat membuat red velvet cake. Sebenarnya da lama nak try, tapi disebabkan masih mencari resepi, pastu tunggu event birthday lagi,so barula dapat wat. Nak resepi? Gi cari resepi dalam http://hanamemories.blogspot.com/

So far,tengok di blog kak hana, everything looks so yummy and sangat teruja nak try semua benda. Hahaha. Tamaknya aku. Ingatkan takda resepi kek red velvet, akhirnya setelah drag2 page,rupanya ada jugak. Thanks kak. Hee.... Tapi aku ada edit2 sikit resepi tu. *mungkin sebab edit la tu kek agak x moist, tapi rasa tetap best wooo*. So, inilah hasilnya.
Lepas bake
disalut frosting dan letak love
untuk tarikan budak2, letaklah kaler2. Hahaha..
Ok,ternyata memang sangat hodoh rupanya. 1st time weh. Bila da wat skali, insyaAllah lagi bertambah baik la next time. Hehe. Lepas siap bake, memang aku tak rasa lagi. Memang gamble la jadi ke tak kan. Dengan confident-nya, aku terus salut kek ngan frosting. *sebenarnya siap bake tu da kul 2 pagi, mata pun agak da longlai,da tak terfikir nak rasa time tu.

Oh lupa nak bagitahu, ni birthday my baba on 7april, and my nephew,iffat on 10april. Memang takde nama and lilin sebab...errrr,aku pun tak tau nape. Hahahaha. Ala, camtu pun ok what. Semalam, 9April, semua ada kecuali abang aku yang belajar kat melaka tu. *Sebab dia nak final and sibuk dengan projek, so mak tak bagi balik.Padan muka dia. Weee~*

Kakak ipar aku rajin la plak nak masak. Dia masak nasi ayam,kakak beli Domino's and mak wat popia. Aku? Mestilah taknak kalah gak. Hahaha. Aku wat puding caramel. Ternyata, memang aku hanya specialize dalam wat desert je. Lauk pauk? Belum tiba masanya. :p
Baba, Dina, Iffat, Hakim
Aku berdoa supaya keluarga aku sentiasa dirahmat dengan kesabaran sebab terlampau banyak dugaan yang kami tengah tempuh. Dugaan yang menyebabkan aku kuat and disamping tu kalau kawan wat hal pun,aku taknak fikir,taknak menambahkan kesengsaraan hidup aku lagi. Kau tak kisahkan aku, ingat aku kesah? Banyak lagi perkara yang perlu disetelkan weh. Haha. Jahatnya aku. Arghhh,aku da penat. Ok, taknak citer da.

7 Apr 2011

Hari-hari.

Minggu yang sangat sibuk di ofis adalah minggu pertama setiap bulan. Yela,kena siapkan report yang perlu di-submit sebelum 12hb. So,akan berlaku la lari-larian dan berpeluh2an sepanjang hari. Mana taknya, time2 camni la baru perasan ada harga baru la, stock tak masuk la. Haishhh... Takpe2, bos nak balik, bulan depan takyah da wat keje2 ni. Weeee... *cakap confident je ni, tup2 nanti ni memang keje aku* Uwaaaa!!!


Lately ni cuaca plak agak panas je. Tido malam pun bertemankan aircond dan kipas. Hahaha. Ala,set untuk 1 jam je on aircond tu, nanti da lelap and mimpi sampai ke paris, takdenye rasa panas da. Heee... Badan pun macam penat sangat, nak bangun pagi pun liat bebenor. :p

2minggu tak jumpa kawan baru I tu. Minggu ni pun nampaknya terpaksa cancel plan sebab memandangkan diri ni sangat malas nk work-out. Minggu ni pun diet makan agak tak terjaga memandangkan sangat tension dengan kerja. Aku kalau tension,mula la nak ngap2 je makanan. Lalala..... Sabtu ni plak nak wat makan adik-beradik sempena birthday my father and my nephew. Faham2 je la kan, confirm makan je nanti. Esok malam nak wat kek. Wah,tak sabarnya nak wat. Nak try wat kek baru lak. Nantikan ye.

Semalam,terbaca post orang tua tu, nampaknya macam nak merisik anak orang je. Apa yang patut aku terangkan ye aku nya feeling bila terbaca agaknya? Hurm,biarlah. Semoga berbahagia hendaknya. Aku single pun ok what. Bahagia je aku walaupun kadang2 terfikir jugak. Haihhh. Cuma nak kongsi sikit 1 hal ni. Boleh la dikatakan hampir setiap hari aku ngan orang tua tu sama kaler baju. Is that a coincidence? Or we have a very good instinct to each other? Hahahaha.... Biarla nak rasa bahagia jap sebelum dia kawen. Pasni nak cari keje baru la memandangkan da takde inspirasi. Boring tau tak? Heh!

3 Apr 2011

ahad.

Tengok ABPH tak mlm ni? Ha, terkejut dengan kemunculan Azhar Osman yang jadi 1 of pemberi trofi tu. Dia budak skolah aku. Memang dari dulu dia sangat hotttttt ok. Very good in attitude, very lovely voice when he sang nasyid. Kalau ada nyanyi nasyid kat skolah, memang dia la yang akan masuk. Da lama tak dengar pasal dia, rupanya dia menang Bintang Idola Berita Harian 2011. Memang terbaik dari ladang weh. Muka da la jambu. Ngeeee... Goodluck Azhar. Kali ni 1st time la aku support budak skola yang masuk bidang hiburan ni. Sangat puas hati bila da cerita kat blog ni pasal Azhar. Hehe.

Time ni rambut Azhar tak best la. But u still awesome.
Hari ni agak penat berhujung minggu di rumah. Mengemas rumah, buang la barang2 yang rasa da tak guna. Ni proses berpindah bilik la ni. Cuma tak best lagi bilik depan sebab aircond rosak, berhaba sangat bilik tu. Tak sanggup la kalau sesiapa nak tido situ. Memori la bilik tu sebab time kecik2 tido ngan parents kat situ. Memori kencing atas tilam la, gaduh ngan abang aku takyah kira la kan. Hahaha.

Siapa yang berpindah bilik tu? Hahaha. Parents aku la. Bilik blakang da nak reservekan untuk kakak aku yang da nak bersalin tu. Lagi beberapa hari je ni. Kakak aku yang nak due, aku plak yang risau. Mana taknya, aku takut tengok perut dia cam semakin membesar tu. Haishh. Semoga semuanya selamat. InsyaAllah.
My future niece, sila keluar cepat ye dari perut tu. :p

2 Apr 2011

Rahsia.

Aku kurus? Actually belum sampai tahap yang aku target lagi. Tapi boleh la agak puas hati dengan pencapaian wat masa ni. Kat sini nak kongsi2 la sikit apa yang aku wat.

1. Buah
Sebelum ni aku sangat kurang makan buah. Ha skang ni macam terlebih2 makan plak rasanya. Hehe. Pagi aku dimulakan dengan makan buah Grapefruit. Tahu apa grapefruit tu? Sebelum ni aku taktau gak. Ingatkan buah anggur la kan, da kata nama depan tu ade grape. Aku pun berlagak macam tahu la kan. Haha. Grapefruit ni rupanya macam buah oren. Cuma kulit buah ni pudar sikit dari buah oren. Jangan tersilap beli ye. *aku pernah hampir tersilap beli hari tu, nak cepat la kononnya time tu*. Btw, rasa buah ni agak pahit. Bayangkan camne kuatnya semangat aku untuk teruskan makan buah ni selama 2 bulan tanpa henti. Jap2, kalau nak amalkan, amik half je dalam 1 hari. Ok, pastu hari2 aku dipenuhi dengan makan buah betik, epal hijau, pear, lai. Ganti2 la kan setiap hari. Kalau makan yang sama je, mahu muak kan.

Ni la grapefruit. I bet u to taste it.
2. Air kosong
Ni pun lagi 1. Aku ni memang kurang minum air. Kalau nak minum tu, amik air sejuk je,suam2 ni mana maen beb. Hahaha. Skang ni aku dinasihatkan untuk amik kuantiti air kosong sebanyak yang boleh. Atleast 3 liter. Tapi..... Masa untuk minum air yang banyak tu mestilah dari pagi hinggalah pukul 6-7petang sahaja. Selepas pukul 7, kena kurangkan seboleh mungkin kuantiti air yang di ambil. Sebabnya......pengambilan air di malam hari akan menyebabkan gemuk air. Ingat gemuk air lagi senang ke berbanding gemuk makanan? Salah tanggapan kalian ye. Harap maklum.

3. Pemakanan
Ni biasa la kan bagi orang2 yang suka makan macam aku ni. Wat masa ni aku still ambil nasi sebagai menu harian. Cuma kuantiti dikurangkan dan hanya makan sekali sehari. Nak try juga tak makan nasi, tapi takleh la. Aku tergoda bila tengok nasi. Lalala..... Ok,pastu makan la lauk banyak2 ye, nanti taklah lapar. Hehe. Tapi kadang2 tu aku takdela jaga makan sangat. Nikmat weh bab2 makan ni. Aduyai...

4. Rahsia
Da 3 rahsia aku bagitau. Biarlah part last ni aku rahsiakan ye. Boleh la ye. Hehe. Mungkin 1 masa akan datang akan diberitahu. *Tu pun kalau aku teringat la* Hahahaha.

Hujung bulan 1 sampai skarang, da 5 kg aku berjaya kurangkan. InsyaAllah akan teruskan perjuangan lagi. Bukan untuk orang lain, cuma untuk kepuasan diri aku sendiri. Disini aku nak berterima kasih kepada sesiapa yang banyak membantu aku dalam menurunkan berat. Especially to my mum la kan. Hehe. And for those who really care on my weight and size. I love U. Lalala.......

1 Apr 2011

Malam yang bosan.

Bila da ada blog, mula la tangan ni gatal je nak tulis setiap hari. Haishhh. Bukan nya ada benda yang penting untuk diceritakan. Cuma mengisi masa yang rasa agak bosan sekarang ni. Haha.



Bawa balik kerja ofis pun, aku tetap malas nak wat. Bawa balik je rajin, tapi nanti hanya akan dibiarkan kertas2 tu dalam bag. Pastu esok bawa balik semula ke ofis. Cuma sekadar untuk menyedapkan hati konon nak siapkan cepat2. Azam punya la tinggi kat ofis tu,'oh malam ni boleh siap punya'. Sampai rumah, ha mula la, 'takpe,esok sempat lagi'. Camtu la setiap hari. Lalala.....
Kemalasan aku sama macam kucing ni :p

Hari ni da dapat gaji. Company masukkan gaji, aku gi ATM, keluarkan gaji, gi CASH DEPOSIT machine, masukkan duit. Bayar hutang la weh, ape lagi. Pastu keluar dari bank, poket da kosong. Hahahahaha. Camtu je la setiap bulan. Tapi takdelah sekosong2 nya, cukup la untuk diberi2 and untuk belanja diri sendiri. Tapi so far, alhamdulillah sebab aku rasa bersyukur. Di umur aku yang masih muda ni, aku da diajar untuk lebih bertanggungjawab membayar macam2 loan. Kadang2 rasa terseksa gak macam takde simpanan sangat, tapi bila difikirkan balik, kalau aku takde bayar loan tu semua, adakah aku menyimpan? Haha. I dont think so. Confirm habis dengan berjoli sakan.

Oh, btw, hari ni aku hantar kakak receptionist tu. Tetiba lak kakak tu nak tumpang balik, apa lagi kan, aku on kan je la. Walaupun perjalanan menghantar kakak tu hanya 10 minit, tapi macam2 soalan dia sempat tanya. Hamboi kak, tanya macam2 tu, taknak ke kenalkan ngan anak akak tu? Wakakaka. Angan2 je la ye ceq. Da bercerita2 tu kan,barulah aku sedar ramai rupanya orang kat kilang tu taktau status pendidikan aku ditahap mana. Aku plak terlepas cakap. Aduyai. Ingatkan nak rahsia. Kalau da terlepas cakap kat receptionist tu, habis la pasni 1 kilang tahu. Adoiiii......

31 Mar 2011

last day kerja.

Macam best kan dengar hari terakhir bekerja? Hehe. Dapat kerja tempat baru, oficemate baru, kerja pun baru. Seronoknya. Da sebulan bagi notis resign. Tak tahu lah macam mana keadaan tempat kerja baru nanti. Bos macam mana plak nanti? Hurm. Macam huru-hara hari ni kemas itu ini. File pun da dikemas rapi, semua kerja da diserahkan kat ofismate lama. Patutnya hari ni da rehat2, goyang2 kaki, borak2. Tapi nak buat camne kan.

Manager nampaknya sentiasa ada plak kat ofis. Selalunya kemain susah lagi aku nak nampak muka dia. Ni memang betul2 nak bermesra kali terakhir. Hahaha. Sedih pun ada ni, gembira ada la sikit2. Hari ni la baru aku tahu umur Alison and Ms. Ng. Pasni aku tak berani lagi nak meneka2 umur orang ni. *sebenarnya nak jaga hati diorang, aku teka la umur muda* Wakaka. Hampir sejam aku berborak2 dengan diorang. Lupa sekejap dengan kepenatan. Hehe....

Pastu time lunch, aku SMS la bos aku yang tengah cuti bersalin tu. Nak tau ape aku tulis?

Just to inform U that today is the last day for Mr Yap in Contipak.

Wakakaka. Jangan tertipu. Aku masih berkhidmat lagi dengan kilang tercinta tu. Tengok busy bebenor Mr Yap kat ofis tadi. Lepas ni semakin serabut la aku nak cari price and hal2 lain lagi. Aduyai. Bos,sila la pulang ke ofis bila cuti da abis ye. Huhu.

Mr Yap is our Mr planner. Dia takde,1 of his job, aku kene wat. Thanks Mr Yap. Semakin ruin la timetable yang aku set up sendiri tu. Aiyoooo. Tapi InsyaAllah 16 Apr, bos da balik. Jangan dia wat dalih lambat masuk da la. *Hati da gusar ni*

Apa2 pun, goodluck Mr Yap. Gila la tadi Alison suruh bagi hug kat Yap. Nak kena Alison ni, wat malu aku je.

30 Mar 2011

excited.

Hari ni aku ada 2 perkara yang excited. *sebenarnya hari2 excited kalau dapat tengok 'orang tua' kat ofis tu.* Haha. Tapi kali ni hal lain pulak.

1. Dapat SMS dari syue yang one of my babes nak kawen. Memang pada awalnya aku tak caya, so at last aku SMS je la babe aku tu. Ok,memang betul tapi macam tersentak dari mimpi yang aku ni da dikalangan yang da patut kawen. Huhuhu. Aku plak yang excited tanye itu ini kat dia. Tapi aku masih curious la gerangan yang memikat hati kawan aku tu. Hehe. Semoga apa yang dirancang berjalan dengan lancarnya. InsyaAllah.

Yang kedua ni plak. Hurm,macam biasa la kan. Kata pun aku....
2. Tepat pukul 5,aku da kemas2 meja, tutup pc and cabut la kan dari ofis. Nak punch card, memang akan lalu depan receptionist tu. Biasalah kadang2 still ada customer kat situ. Mata aku ni memang sentiasa memerhati. Oh,tetiba macam hensem gak mamat sorang ni. Sekali imbas macam muka ADI PUTRA weh. 2kali kelip mata,takdela macam Adi Putra da. Tapi still PANAS. Hahaha. Aku pun agak la mungkin dia customer kot. Tetiba dia sebut 'mak'. Weh, dia anak receptionist tu. Burp! Ni peluang. Wakakaka. 

Aku rasa macam lelaki tu anak 1st kakak tu. Time aku datang umah kakak tu time raya, ada la kakak tempat aku tu cakap anak 1st kakak receptionist tu polis. Ada gak la aku terperasan gambar2 polis atas meja, tapi takdela teliti sangat time tu. Tapi smart woh dengan kemeja dia pakai tadi. Punyalah excited aku tu sampai aku tak prasan turn keta aku untuk di-check bonet. Haha. Macam2 hal la aku ni.





Hensemnya Adi Putra. :)

28 Mar 2011

introduce.

Assalamualaikum.

Untuk kali yang ketiga, aku masih lagi suka untuk mencipta blog. Da 2 kali delete blog. sebabnya? Hurm,sebab setiap blog yang aku buat mesti bersebab. Dan sebabnya adalah tentang lelaki. Tapi kali ni tidak sama sekali. Takkan khusus pada seseorang, tetapi pada sesiapa je yang aku rasa sangat hot. Hahahaha. Whoever knew me, aku memang cepat suka pada seseorang. Hati seorang perempuan weh.

Link blog ni MeLearnIt. aku belajar dari apa yang aku lalui. Sekadar untuk berkongsi,kadang2 bukanlah untuk orang lain, cuma aku rasa perlu ada tempat untuk diluahkan. Blog adalah best buddy aku ok. Hehehe.

Nama blog ni macam pelik sikit kan? La vie est belle. Aku ada translator France. Kalo aku tak salah, maksudnya Life is Wonderful. Hehe. Betul la kan kehidupan kita memang sangat fun and experience. Hargai setiap masa yang ada sebab hari ini akan jadi kenangan untuk kita pada hari akan datang. Jangan sesekali menyesal sebab pengalaman yang akan mendewasakan kita. Belajar dari kesilapan diri dan juga dari orang lain untuk dijadikan instructor terbaik dalam melakukan sesuatu.

ok,cukup untuk harini. Nanti ada benda menarik, aku nak bercerita panjang lebar.