13 Apr 2011

kesibukan.

Bulan ni lambat sehari hantar report. Hurm, takpela, everything is under control. Meeting pun lambat lagi, relax la kan. Hahaha.... Siang sibuk dengan report, malam sibuk wat frozen plak. Ha, semakin lama, badan pun jadi longlai. Minta2 aku sihat la sentiasa.

Meja aku berselerak bagai
 Sehari lagi bos nak masuk ofis da. Yeay... Adakah aku perlu YEAY? rasa macam nervous giler ada la. Lama sangat da tak jumpa bos. Adakah nanti aku akan dimarah or biasa2 je? Haihh, entahlah... Isnin cuti, so dapat la lari sekejap dari bos.. Hahaha.. Nak rehatkan minda, nak settle-kan hal sikit.

Ok, harini aku dapat berita yang sedih lagi. Ms Ng nak resign hujung bulan ni. Semakin kurang la kawan2 yang suka bercakap2 ngan aku. Nak harapkan ofismate sebumbung, rasa macam tak tercakap lak. Apehal tah aku ni. Tambah2 kalau dengan orang tua tu. Lagi la macam mulut kene zip. Nak senyum pun macam mulut ni keras. Ah, dia pun sama je. *ok, tetiba aku rasa banyak guna word 'macam'*

Ha, cakap pasal frozen, skang ni da wat kuih kacang, kuih bom(yg ada bijan byk2 tu), cucur badak. Yang terbaru, donut. Donut masih dalam proses mencuba since tengah memikirkan cara untuk bagi donut tu sama saiz dan ketebalan. Macam main2 plastisin lak malam ni. Hahaha..

Setakat ni jualan frozen sangat memberangsangkan. Da ada dijual kat Pasar Tani Shah Alam. Kalau sesapa nak order, just call me. Confirm puas hati dengan hasilan kami. Lagi banyak beli, lagi kurang harga. Hee....

No comments:

Post a Comment