7 Apr 2011

Hari-hari.

Minggu yang sangat sibuk di ofis adalah minggu pertama setiap bulan. Yela,kena siapkan report yang perlu di-submit sebelum 12hb. So,akan berlaku la lari-larian dan berpeluh2an sepanjang hari. Mana taknya, time2 camni la baru perasan ada harga baru la, stock tak masuk la. Haishhh... Takpe2, bos nak balik, bulan depan takyah da wat keje2 ni. Weeee... *cakap confident je ni, tup2 nanti ni memang keje aku* Uwaaaa!!!


Lately ni cuaca plak agak panas je. Tido malam pun bertemankan aircond dan kipas. Hahaha. Ala,set untuk 1 jam je on aircond tu, nanti da lelap and mimpi sampai ke paris, takdenye rasa panas da. Heee... Badan pun macam penat sangat, nak bangun pagi pun liat bebenor. :p

2minggu tak jumpa kawan baru I tu. Minggu ni pun nampaknya terpaksa cancel plan sebab memandangkan diri ni sangat malas nk work-out. Minggu ni pun diet makan agak tak terjaga memandangkan sangat tension dengan kerja. Aku kalau tension,mula la nak ngap2 je makanan. Lalala..... Sabtu ni plak nak wat makan adik-beradik sempena birthday my father and my nephew. Faham2 je la kan, confirm makan je nanti. Esok malam nak wat kek. Wah,tak sabarnya nak wat. Nak try wat kek baru lak. Nantikan ye.

Semalam,terbaca post orang tua tu, nampaknya macam nak merisik anak orang je. Apa yang patut aku terangkan ye aku nya feeling bila terbaca agaknya? Hurm,biarlah. Semoga berbahagia hendaknya. Aku single pun ok what. Bahagia je aku walaupun kadang2 terfikir jugak. Haihhh. Cuma nak kongsi sikit 1 hal ni. Boleh la dikatakan hampir setiap hari aku ngan orang tua tu sama kaler baju. Is that a coincidence? Or we have a very good instinct to each other? Hahahaha.... Biarla nak rasa bahagia jap sebelum dia kawen. Pasni nak cari keje baru la memandangkan da takde inspirasi. Boring tau tak? Heh!

No comments:

Post a Comment