1. Buah
Sebelum ni aku sangat kurang makan buah. Ha skang ni macam terlebih2 makan plak rasanya. Hehe. Pagi aku dimulakan dengan makan buah Grapefruit. Tahu apa grapefruit tu? Sebelum ni aku taktau gak. Ingatkan buah anggur la kan, da kata nama depan tu ade grape. Aku pun berlagak macam tahu la kan. Haha. Grapefruit ni rupanya macam buah oren. Cuma kulit buah ni pudar sikit dari buah oren. Jangan tersilap beli ye. *aku pernah hampir tersilap beli hari tu, nak cepat la kononnya time tu*. Btw, rasa buah ni agak pahit. Bayangkan camne kuatnya semangat aku untuk teruskan makan buah ni selama 2 bulan tanpa henti. Jap2, kalau nak amalkan, amik half je dalam 1 hari. Ok, pastu hari2 aku dipenuhi dengan makan buah betik, epal hijau, pear, lai. Ganti2 la kan setiap hari. Kalau makan yang sama je, mahu muak kan.
![]() |
| Ni la grapefruit. I bet u to taste it. |
2. Air kosong
Ni pun lagi 1. Aku ni memang kurang minum air. Kalau nak minum tu, amik air sejuk je,suam2 ni mana maen beb. Hahaha. Skang ni aku dinasihatkan untuk amik kuantiti air kosong sebanyak yang boleh. Atleast 3 liter. Tapi..... Masa untuk minum air yang banyak tu mestilah dari pagi hinggalah pukul 6-7petang sahaja. Selepas pukul 7, kena kurangkan seboleh mungkin kuantiti air yang di ambil. Sebabnya......pengambilan air di malam hari akan menyebabkan gemuk air. Ingat gemuk air lagi senang ke berbanding gemuk makanan? Salah tanggapan kalian ye. Harap maklum.
3. Pemakanan
Ni biasa la kan bagi orang2 yang suka makan macam aku ni. Wat masa ni aku still ambil nasi sebagai menu harian. Cuma kuantiti dikurangkan dan hanya makan sekali sehari. Nak try juga tak makan nasi, tapi takleh la. Aku tergoda bila tengok nasi. Lalala..... Ok,pastu makan la lauk banyak2 ye, nanti taklah lapar. Hehe. Tapi kadang2 tu aku takdela jaga makan sangat. Nikmat weh bab2 makan ni. Aduyai...
4. Rahsia
Da 3 rahsia aku bagitau. Biarlah part last ni aku rahsiakan ye. Boleh la ye. Hehe. Mungkin 1 masa akan datang akan diberitahu. *Tu pun kalau aku teringat la* Hahahaha.
Hujung bulan 1 sampai skarang, da 5 kg aku berjaya kurangkan. InsyaAllah akan teruskan perjuangan lagi. Bukan untuk orang lain, cuma untuk kepuasan diri aku sendiri. Disini aku nak berterima kasih kepada sesiapa yang banyak membantu aku dalam menurunkan berat. Especially to my mum la kan. Hehe. And for those who really care on my weight and size. I love U. Lalala.......

nak wt cm ko la gak la.ne la taw peha n lengan ak neh ley kurus.muahahahaha.nk kurus gak!!!!*jeles*
ReplyDelete